Kerjaya Hayrettin Karaman

Sebagai ahli akademik

Beliau bekerja sebagai guru agama di STA Istanbul selama dua tahun, kemudian menjadi penolong pensyarah fiqah di IIT Istanbul. Beliau menjadi ahli akademik dalam fiqah dengan tesisnya berjudul, "Başlangıçtan Dördüncü Asra Kadar İslam Hukukunda İctihad" (Bahasa Melayu: Ijtihad dalam Perundangan Islam daripada Abad Permulaan hingga Abad Keempat) pada 1971.

Beliau dilantik ke IIT Izmir pada tahun yang sama. Kemudian kembali ke IIT Istanbul pada 1975. Selepas IIT diubah menjadi Fakulti Teologi, beliau berjaya melengkapkan kerja akademik beliau dan menjadi doktor, profesor madya dan profesor.

Sepanjang kerjayanya yang berlangsung kira-kira separuh abad, beliau menyertai ribuan persidangan, seminar, perbincangan panel, bual bicara, khutbah, syarahan, pendidikan bertulis dan visual, dan aktiviti berdakwah; beliau menyambung untuk mengajar menyampaikan mesej Islam. Beliau melatih ribuan pelajar yang menjadi ilmuwan dan pemikir terkenal.

Beliau ialah bekas Ketua Jabatan Perundangan Islam di Fakulti Teologi, Universiti Marmara, dan menjadi salah seorang anggota lembaga pengurus fakulti tersebut. Beliau meletak jawatan dari Fakulti Teologi, Universiti Marmara pada 2001 sebagai bantahan terhadap tekanan dan penindasan yang berlaku di universiti tersebut melibatkan penggunaan tudung bagi Muslimah, yang mana sepatutnya perlu bebas dipakai.

Beliau kemudian menjadi ahli akademik tamu di Universiti Islam Antarabangsa Eropah di Belanda dari 2001 hingga 2004.

Sebagai penulis

Selain bahasa Turki, beliau boleh bercakap dalam bahasa Arab dan Parsi, dan boleh baca dan memahami bahasa Perancis.

Beliau menulis rencana bagi majalah-majalah seperti İslam’ın İlk Emri Oku, Nesil, İzlenim, Gerçek Hayat dan Eğitim Bilim. Beliau terlibat sebagai salah seorang yang menerbitkan majalah Nesil dari September 1976 hingga September 1980. Beliau juga pernah menulis rencana bagi akhbar Yeni Şafak sejak mula ia diterbitkan.

Beliau juga bertugas sebagai anggota persidangan dan perunding di Pusat Penyelidikan Islam, Yayasan Agama Turki dan menulis bagi Ensiklopedia Islam terbitan mereka.